- Penampilan fisik dan mental untuk melaukuan solat Istisqa’
Mereka yang mengerjakan solat Istisqa’ ini
hendaklah menuju ke tempat perlaksanaan solat tersebut dengan penampilan
sederhana, tawadhu’ (merendah hati), tadharru’
(bersungguh-sungguh dalam memohon) dan tamaskun (menunjukkan benar-benar
perlukan permintaan tersebut)
فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ مَا مَنَعَهُ
أَنْ يَسْأَلَنِي خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مُتَوَاضِعًا مُتَبَذِّلاً
مُتَخَشِّعًا مُتَضَرِّعًا فَصَلَّى
رَكْعَتَيْنِ كَمَا يُصَلِّي فِي الْعِيدَيْنِ وَلَمْ يَخْطُبْ خُطْبَتَكُمْ
هَذِهِ.
Maksudnya:
Daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu’ anh, dia berkata:
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam (keluar untuk bersolat Istisqa’) dan
mengenakan pakaian biasa (bukan pakaian yang indah-indah seperti solat sunat
pada Hari Raya-pen) dengan penuh harapan. Baginda bersolat dua rakaat
sebagaimana solat Hari Raya, tetapi tidak berkhutbah seperti khutbah yang biasa
itu. - Hadis
riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab al-Istisqa’,
no: 1504.
- Solat Istisqa’ Dikerjakan Secara Berjemaah Sebanyak Dua Rakaat.
عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ
عَمِّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ
بِالنَّاسِ يَسْتَسْقِي
فَصَلَّى بِهِمْ رَكْعَتَيْنِ جَهَرَ
بِالْقِرَاءَةِ فِيهَا.
Maksudnya:
Daripada ‘Abbad bin Tamim daripada pakciknya
(‘Abdullah bin Zaid al-Mazini) dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam
keluar bersama orang banyak untuk mengerjakan solat Istisqa’. Baginda bersolat
dua rakaat dan menguatkan bacaan dalam kedua rakaat itu. - Hadis Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya,
Kitab al-Jumu’ah, no: 510.
- Tidak Dilakukan Azan Atau Iqamah Sebelum Solat Tersebut.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: خَرَجَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا يَسْتَسْقِي
فَصَلَّى بِنَا رَكْعَتَيْنِ بِلاَ
أَذَانٍ وَلاَ إِقَامَةٍ
Maksudnya:
Abu Hurairah radhiallahu’ anh berkata: Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada suatu hari untuk mengerjakan solat
Istisqa’, lalu bersolat bersama kami dua rakaat tanpa azan atau iqamah…- Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunannya,
Kitab Iqaamatush Shalaah was Sunnah Fiiha, no: 1258.
- Dilaksanakan Sebagaimana Solat Hari Raya.
Solat Istisqa’ dikerjakan sama sebagaimana
solat Hari Raya yakni dengan melakukan tujuh takbir pada rakaat pertama dan
lima takbir pada rakaat kedua.
فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ مَا مَنَعَهُ
أَنْ يَسْأَلَنِي خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مُتَوَاضِعًا مُتَبَذِّلاً
مُتَخَشِّعًا مُتَضَرِّعًا فَصَلَّى
رَكْعَتَيْنِ كَمَا يُصَلِّي فِي الْعِيدَيْنِ وَلَمْ يَخْطُبْ خُطْبَتَكُمْ
هَذِهِ.
Maksudnya:
Daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu’ anh, dia berkata:
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam (keluar untuk bersolat Istisqa’) dan
mengenakan pakaian biasa (bukan pakaian yang indah-indah seperti solat sunat
pada Hari Raya-pen) dengan penuh harapan. Baginda bersolat dua rakaat
sebagaimana solat Hari Raya, tetapi tidak berkhutbah seperti khutbah yang biasa
itu. - Hadis
riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab al-Istisqa’,
no: 1504.
- Waktu Perlaksanaan Solat Istisqa’.
Solat sunat Istiqa’ boleh dikerjakan pada
bila-bila masa kecuali waktu yang diharamkan untuk bersolat.
- Bacaan Dalam Solat Istisqa’ Adalah Secara Jahar (Kuat).
عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ
عَمِّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ
بِالنَّاسِ يَسْتَسْقِي
فَصَلَّى بِهِمْ رَكْعَتَيْنِ جَهَرَ
بِالْقِرَاءَةِ فِيهَا.
Maksudnya:
Daripada ‘Abbad bin Tamim daripada pakciknya
(‘Abdullah bin Zaid al-Mazini) dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam
keluar bersama orang banyak untuk mengerjakan solat Istisqa’. Baginda bersolat
dua rakaat dan menguatkan bacaan dalam kedua rakaat itu. - Hadis Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya,
Kitab al-Jumu’ah, no: 510.
Sebagaimana solat Hari Raya dianjurkan juga
untuk membaca surah Qaf atau surah al-Qamar pada rakaat pertama
dan bacaan semasa rakaat kedua sama ada surah al-A’laa atau al-Ghaasyiah.
- Tempat Perlaksanaan Solat Istisqa’.
Tidak dikerjakan di dalam masjid tetapi di musolla
iaitu di tanah yang lapang seperti padang atau halaman masjid yang luas.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهَا قَالَتْ: شَكَا النَّاسُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ
قُحُوطَ الْمَطَرِ. فَأَمَرَ
بِمِنْبَرٍ فَوُضِعَ لَهُ فِي الْمُصَلَّى وَوَعَدَ النَّاسَ يَوْمًا يَخْرُجُونَ
فِيهِ.
Maksudnya:
Daripada ‘Aishah radhiallahu’ anha,
dia berkata: Orang-orang mengeluh kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam kerana lambatnya hujan. Baginda lalu memerintahkan agar disiapkan
sebuah mimbar dan diletakkan di tanah yang lapang (untuk dikerjakan solat
secara berjemaah) dan ditetapkan kepada orang-orang itu supaya keluar
bersama-sama (untuk mengerjakan solat) pada hari yang ditentukan.... - Hadis riwayat Imam Abu Dawud
dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 992.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai
ketua negara umat Islam telah turun bersama-sama rakyat untuk mengerjakan solat
Istisqa’ ini. Lantaran itu pada masa kini terdapat beberapa
negara-negara Islam di timur tengah yang mana para pemerintah tertinggi
sesebuah negara itu turut turun bersama rakyat jelata untuk mengerjakan solat Istisqa’
ini di musolla. Kita ternanti-nanti bila sunnah ini akan diamalkan pula
oleh pemerintah di Malaysia.
- Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Istisqa’.
Rakaat
Pertama
1) Berniat di dalam hati
untuk mengerjakan solat Istiqa’
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Takbir Tujuh kali dan diselangi
membaca zikir seperti سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ
إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ “Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah,
wallahu akbar” sebanyak
enam kali
5) Membaca surah
al-Fatihah
6) Membaca Surah
al-Qur’an
7) Rukuk
8) Iktidal
9) Sujud
10) Duduk antara dua sujud
11) Sujud kali kedua
12) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1) Takbir Lima kali dan diselangi membaca
zikir seperti سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ
إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ “Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah,
wallahu akbar” sebanyak
empat kali
2) Membaca surah
al-Fatihah
3) Membaca Surah
al-Qur’an
4) Rukuk
5) Iktidal
6) Sujud
7) Duduk antara dua
sujud
8) Sujud kali kedua
9) Duduk untuk tahiyyat
akhir
10) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
- Bacaan Khutbah Untuk Solat Istisqa’.
Khutbah ringkas dilakukan sebelum atau sesudah solat Istisqa’
di atas mimbar yang disediakan. Namun Imam al-Nawawi rahimahullah lebih
mengutamakan khutbah dikerjakan setelah solat sebagaimana khutbah untuk solat
Hari Raya. Berbeza dengan khutbah ketika solat Hari Raya, khutbah untuk solat Istisqa’
adalah ringkas sahaja. Dalilnya adalah hadis berikut:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهَا قَالَتْ: شَكَا النَّاسُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قُحُوطَ
الْمَطَرِ. فَأَمَرَ بِمِنْبَرٍ
فَوُضِعَ لَهُ فِي الْمُصَلَّى وَوَعَدَ النَّاسَ يَوْمًا يَخْرُجُونَ فِيهِ.
قَالَتْ عَائِشَةُ فَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ حِينَ بَدَا حَاجِبُ الشَّمْسِ فَقَعَدَ عَلَى
الْمِنْبَرِ فَكَبَّرَ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحَمِدَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ ثُمَّ قَالَ:
إِنَّكُمْ شَكَوْتُمْ جَدْبَ
دِيَارِكُمْ وَاسْتِئْخَارَ الْمَطَرِ عَنْ إِبَّانِ زَمَانِهِ عَنْكُمْ
وَقَدْ أَمَرَكُمْ اللَّهُ
عَزَّ وَجَلَّ أَنْ تَدْعُوهُ وَوَعَدَكُمْ أَنْ يَسْتَجِيبَ لَكُمْ,
ثُمَّ قَالَ:
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ
الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ
اللَّهُ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ.
اللَّهُمَّ أَنْتَ اللَّهُ لاَ
إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ الْغَنِيُّ وَنَحْنُ الْفُقَرَاءُ. أَنْزِلْ عَلَيْنَا
الْغَيْثَ وَاجْعَلْ مَا أَنْزَلْتَ لَنَا قُوَّةً
وَبَلاَغًا إِلَى حِينٍ.
ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ فَلَمْ يَزَلْ
فِي الرَّفْعِ حَتَّى بَدَا بَيَاضُ إِبِطَيْهِ ثُمَّ حَوَّلَ إِلَى النَّاسِ
ظَهْرَهُ وَقَلَبَ أَوْ حَوَّلَ
رِدَاءَهُ وَهُوَ رَافِعٌ يَدَيْهِ
ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ وَنَزَلَ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ
فَأَنْشَأَ اللَّهُ سَحَابَةً
فَرَعَدَتْ وَبَرَقَتْ ثُمَّ أَمْطَرَتْ بِإِذْنِ اللَّهِ …
Maksudnya:
Daripada ‘Aishah radhiallahu’ anha,
dia berkata: Orang-orang mengeluh kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam kerana lambatnya hujan. Baginda lalu memerintahkan agar disiapkan
sebuah mimbar dan diletakkan di tanah yang lapang (untuk dikerjakan solat
secara berjemaah) dan ditetapkan kepada orang-orang itu supaya keluar
bersama-sama (untuk mengerjakan solat) pada hari yang ditentukan.
Menurut ‘Aishah ketika matahari
telah naik, baginda pun keluarlah lalu duduk di atas mimbar, bertakbir serta
memuji Allah dan bersabda: Kamu semua mengeluh sebab keringnya negerimu, sedang
Allah telah menyuruhmu semua agar berdoa serta Dia menjanjikan pasti akan
mengabulkan permohonanmu itu.
Baginda meneruskan: “Alhamdulillaahi
rabbil’aalamiin. Arrahmaanirrahiim, Maliki Yaumiddiin” Tiada Tuhan melainkan
Allah, Tuhan berbuat sekehendak-Nya. Ya Allah, tiada Tuhan selain Engkau,
Engkaulah yang Maha Kaya sedang kami adalah kaum fakir. Turunkanlah hujan
kepada kami serta jadikanlah hujan itu menjadi kekuatan serta mencukupi kami
sampai habis masanya.
Selanjutnya baginda mengangkat kedua
tangannya dan berdoa sampai kelihatan putih ketiaknya, kemudian membalikkan
diri dan menghadap ke arah kiblat, selendangnya dibalikkan letaknya sambil
mengangkat kedua tangannya itu, lalu menghadap kepada semua manusia dan turun
dari mimbar terus bersolat dua rakaat. Di saat itu Allah Ta’ala menampakkan
segumpal awan, terdengarlah suara guruh dan petir dan kemudian turunlah hujan
dengan izin Allah Ta’ala… - Hadis
riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah,
no: 992.
Menerusi hadis di atas dapat difahami bahawa setelah
khutbah maka Imam hendaklah menghadapkan wajahnya ke arah kiblat lalu
mengangkat tangannya tinggi-tinggi ke langit lalu berdoa dengan
bersungguh-sungguh bersama-sama dengan para makmum. Disunnahkan juga untuk
menterbalikkan tapak tangan ketika berdoa di mana bahagian belakang tapak
tangan tersebut di hadapkan ke arah langit.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ
النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَسْقَى فَأَشَارَ بِظَهْرِ
كَفَّيْهِ إِلَى السَّمَاءِ.
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik (radhiallahu’ anh) bahawa Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam pada suatu ketika memohon hujan sedangkan punggung
kedua tapak tangannya itu diangkat ke atas langit. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab
Solat al-Istisqa’, no: 896.
Bagi mereka yang memakai selendang di atas kepala (syal
yang dipakai oleh lelaki) maka disunatkan untuk mengalihkan bucu selendang di
bahu kanan ke bahu kiri dan yang di bahu kiri ke kanan dengan membuka dan
menterbalikkan tudung tersebut lalu memakainya semula. Ada yang berpendapat
bahawa tindakan mengalihkan selendang ini sebagai tafa’ul atau
mengharapkan adanya perubahan keadaan dari kemarau kepada hujan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: خَرَجَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا يَسْتَسْقِي
فَصَلَّى بِنَا رَكْعَتَيْنِ بِلاَ
أَذَانٍ وَلاَ إِقَامَةٍ ثُمَّ خَطَبَنَا وَدَعَا اللَّهَ وَحَوَّلَ وَجْهَهُ
نَحْوَ الْقِبْلَةِ رَافِعًا يَدَيْهِ.
ثُمَّ قَلَبَ رِدَاءَهُ فَجَعَلَ
الأَيْمَنَ عَلَى الأَيْسَرِ وَالأَيْسَرَ عَلَى الأَيْمَنِ.
Maksudnya:
Abu Hurairah radhiallahu’ anh berkata: Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada suatu hari untuk mengerjakan solat
Istisqa’, lalu bersolat bersama kami dua rakaat tanpa azan atau iqamah,
kemudian menyampaikan khutbah serta berdoa kepada Allah, lalu berpaling ke arah
kiblat sambil mengangkat kedua tangannya. Selanjutnya dibalikkan selendangnya
yang kanan diletakkan di kiri dan yang kiri di kanan. - Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunannya,
Kitab Iqaamatush Shalaah was Sunnah Fiiha, no: 1258.
source : http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Solat%20sunat/10.htm
Tidak ada komentar:
Posting Komentar